fbpx
Nur Fatihah kanan) bersama suami, Muhamad Lokmanorhakim (kiri) merakam gambar bersama ibunya.

‘Laylaa menangis tak berhenti, mungkin terkejut hilang ibu ayah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – “Saya terkejut, baru bangun tidur tiba-tiba dapat tahu adik dah tak ada.”

Demikian kata Norsaiful Othman, 36, yang masih tidak percaya bahawa adik bongsunya pergi sekelip mata dalam kemalangan ngeri di Kilometer 54.5 Jalan Sungai Rengit–Kota Tinggi, semalam.

Mangsa, Nur Fatihah, 28, dan suaminya, Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24, maut di tempat kejadian selepas Perodua Myvi mereka berlanggar dengan sebuah lori sawit dan turut menyebabkan sebuah Toyota Vios terkena serpihan.
Namun di sebalik tragedi itu, bayi pasangan tersebut, Nur Laylaa Batrysha, berusia enam bulan, terselamat dalam keadaan masih berada di dalam tempat duduk dalam kerusi keselamatan kanak-kanak seolah-olah dilindungi ‘malaikat kecil’ yang menjaga dirinya.

“Saya baru balik kerja pagi tadi dan tidur. Isteri nampak berita kemalangan di Facebook tentang mencari waris kemalangan maut. Saya ingat orang lain, sampai saudara telefon beritahu kemalangan itu melibatkan adik dan suami dia.

“Bila tengok betul-betul gambar di Facebook, memang itu kereta adik saya. Rasa luluh hati. Kami terus bergegas ke hospital,” katanya dalam nada tersekat-sekat ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi di sini semalam.

Anggota bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa kemalangan yang tersepit di Kilometer 54.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, semalam. Foto IHSAN BOMBA

Norsaiful berkata, anak pasangan itu, Laylaa kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Dia dirawat di HKT, kemudian dirujuk ke HSI. Keadaan dia stabil, cuma masa saya tengok dia, dia menangis tak berhenti. Mungkin terkejut sebab kehilangan kedua ibu bapanya serentak,” katanya.

Jenazah pasangan tersebut disemadikan dalam satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Gugusan Waha malam tadi, dalam suasana penuh pilu dengan tangisan keluarga yang masih terkejut dengan pemergian mereka. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN