fbpx
Gambar hiasan.

KL, Selangor antara 11 negeri dijangka ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di 11 buah negeri sehingga pukul 6 petang ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan yang terjejas adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah serta Labuan.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh Perlis, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Amaran ribut petir dijangka berlaku di Kedah melibatkan daerah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Pahang melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron manakala Selangor melibatkan Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia berkata amaran ribut petir diramal di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

Selain itu, katanya, cuaca buruk dijangka melanda Melaka di Alor Gajah dan Jasin manakala Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Kuching (Lundu), Kapit (Kapit) dan Limbang,” katanya.

Turut terlibat adalah Sabah dimana kawasannya yang terkesan adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN