fbpx
Tangkap layar video luahan pesara tersebut terhadap Asyraf ketika ditemui baru-baru ini.

Kes penjamin bayar hutang Mara selesai, peminjam tampil langsai baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kes seorang penjamin yang sebelum ini terpaksa menanggung beban hutang pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) akhirnya selesai apabila peminjam tampil melunaskan baki yang tertunggak.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam hantaran di Facebooknya.

“Baru dapat laporan bahawa kes penjamin yang saya minta ditangguhkan tindakan, Alhamdulillah selesai, apabila peminjam tampil melangsaikan baki hutang pinjaman Mara yang tertunggak,” katanya.

Sebelum ini Asyraf Wajdi melahirkan rasa kesal apabila golongan peminjam yang culas membayar balik pinjaman sehingga menyebabkan penjamin menjadi mangsa dan terpaksa menanggung beban hutang.

Perkara tersebut diketahui beliau apabila seorang pesara kerajaan datang menemuinya selepas meninjau reruai di lobi Mara sempena program Peace of Mind yang berlangsung baru-baru ini.

“Masa 28 tahun dahulu, saya bekerja dengan kerajaan lagi. Budak tu datang minta saya tanda tangan untuk dia sambung belajar dekat luar negara.

“Balik tu hilang. Tapi anak orang besar, tengok Facebook dok menyanyi apa semua. Tapi tak nak bayar. Saya penjamin nombor dua, penjamin nombor satu dah meninggal dunia,” luah pesara tersebut dalam video yang dimuat naik Asyraf Wajdi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN