fbpx
Elyana kekal tenang walaupun perlu meneruskan sesi kemoterapi bagi rawatan kanser limfoma yang dihidapinya.

‘Kemoterapi, era baharu saya’ – Elyana sambung rawatan kanser?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terus kuat, penyanyi dan pelakon Elyana kekal tenang walaupun perlu meneruskan sesi kemoterapi bagi rawatan kanser limfoma yang dihidapinya.

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 38, berkata prosedur yang perlu dilaluinya semula itu disifatkan sebagai satu fasa yang baharu.

“Kemoterapi. Era baharu saya,” tulisnya pada kapsyen video yang dikongsikan dalam Instagram.

Menerusi klip tersebut, ibu kepada dua cahaya mata itu kelihatan berada di katil hospital sedang menjalani prosedur kemoterapi.

Elyana tampak ceria apabila menyanyi mengikut rentak lagu sambil sesekali kamera fokus kepada bahagian tangan yang dilekat jarum dan tiub cecair ubat.

Menerusi ruangan komen, ramai meniupkan kata-kata semangat selain menganggapnya sebagai pejuang kanser berhati waja.

“Terus kuat ye adik. Moga satu hari nanti adik sembuh dapat sepenuhnya,” kata seorang pengikut.

“Elyana pejuang kanser yang kuat. Semoga Elyana sentiasa sihat dan dikembalikan semula kesihatan seperti dulu,” tulis netizen.

Sebelum itu, dia turut berkongsi beberapa hantaran lain di Instagram Story mengenai keadaan kesihatannya serta perubahan rutin harian.

“Pukul 3 (pagi) bangun, pukul 4 bangun, pukul 5 bangun, tak boleh nak tidur, sakit badan macam angin.

“Sekarang kita baru masukkan ‘control lock’ ubat angin kat dalam ni dan kembung sangat, perut keras, badan tak selesa nak tidur macam kena picit belakang sebelah kiri.

“Saya pun dah sapu minyak angin,” katanya menerusi siri perkongsian dibuat.

Terdahulu, sekitar dua tahun lalu dia mengumumkan berita gembira disahkan bebas daripada kanser limfoma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu.

Sebelum itu dia hanya mendedahkan dirinya adalah penghidap kanser limfoma tahap empat ketika menyertai program Gegar Vaganza (GV) pada tahun 2017.

Elyana berkahwin dengan ahli perniagaan usahawan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan mereka dikurniakan anak perempuan Cinta Sumayyah, selain seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani, 6. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI