fbpx
Laluan di Kilometer 11.95, Jalan Gua Musang-Jeli di Gua Musang ditutup kepada semua kenderaan ekoran jalan runtuh hari ini. FOTO IHSAN MEDIA SOSIAL

Jalan Gua Musang-Jeli ditutup akibat jalan runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Laluan utama di Kilometer 11.95, Jalan Gua Musang ke Jeli di sini ditutup kepada kenderaan ekoran kejadian jalan runtuh petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 6.56 petang itu melibatkan runtuhan laluan sepanjang 15 meter menyebabkan kedua-dua lorong tidak boleh digunakan oleh pengguna.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian itu dipercayai berpunca akibat pergerakan tanah dan runtuhan jalan berturap.

Katanya, jalan terbabit terpaksa ditutup kerana sangat berisiko untuk dilalui semua kenderaan.

“Runtuhan dikesan ketika anggota polis sedang membuat rondaan di lokasi pada pukul 7.48 malam di kawasan tersebut.

“Jalan itu tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan. Tiada kemalangan jiwa dan kerosakan dilaporkan,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam satu kenyataan memaklumkan penutupan jalan itu bermula 17 November sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Katanya, pengguna perlu melalui jalan alternatif yang dicadangkan pihak JKR iaitu FT08 Jalan Gua Musang-Kota Bharu dan FT66 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI