fbpx
Tangkap layar hantaran pelajar universiti di media sosial.

‘Ingat group taman ke mohon macam ni?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang pelajar universiti mencari penempatan praktikal dengan memuat naik transkrip akademiknya secara terbuka di media sosial mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, pelajar berkenaan memuat naik gambar transkrip akademik bersama kapsyen “Saya mencari tempat praktikal untuk dua bulan, terutamanya di Kelantan. Diploma Muamalat.”

Perkongsian tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang rata-ratanya menegur kaedah pelajar itu yang dianggap tidak profesional.
“Dik, saya rasa awak perlu mohon dengan lebih formal macam bagi resume dan sebagainya. Mudah betul awak letak transkrip macam ni saja di sini,” komen Aidil Fauzi.

“Sepatutnya kalau isu praktikal ni sudah diajar dan diberikan taklimat cara untuk memohon secara profesional. Takkan fakulti tak ada buat taklimat langsung melainkan mereka sendiri yang malas masuk taklimat,” kata Muhaimin.

“Kenapa mohon praktikal macam tu pula. Ingat ni jual beli dalam ‘group’ taman ke? Pensyarah ajar kan cara memohon yang betul?,” kata Farid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI