fbpx
Armizan ketika Majlis Pelancaran Manisfesto PRN17 Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini. Foto oleh IVAN AMIRUL / KOSMO!

‎GRS tetapkan empat rukun utama manifesto PRN17 Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

‎KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menetapkan manifesto berteraskan ‘Rumah Kita, Kita Jaga’ dengan tema Memacu Sabah Maju, Rakyat Berkemajuan.

Manifesto berkenaan dipacu melalui empat rukun merangkumi Sabah First (Sabah Diutamakan), Sabah Forward (Sabah Maju ke Hadapan), Sabah Prosper (Sabah Maju Jaya) dan Sabah United (Sabah Bersatu).

‎Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kesemua empat rukun berkenaan diterjemahkan melalui 16 Strategi mencakupi pelbagai agenda pembangunan merentasi semua bidang.

‎”Dua matlamat utama manifesto ini sebagaimana yang termaktub dalam tema ‘Memacu Sabah Maju, Rakyat Berkemajuan’ adalah mengukuhkan momentum peningkatan pendapatan negeri dan pendayaupayaan sosioekonomi rakyat.
‎”Antara strategi yang digariskan dalam memperkukuh momentum peningkatan pendapatan negeri adalah ketegasan memperjuangkan hak-hak Sabah melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) termasuk hak 40 peratus pemberian khas (special grant), pengukuhan sumber ekonomi dan penerokaan potensi ekonomi baharu serta reformasi undang-undang dan institusi untuk memperkukuh persekitaran kondusif dan tadbir urus yang baik.

‎”Selain itu, manifesto GRS juga menekankan strategi berorientasikan pengukuhan momentum pendayaupayaan sosioekonomi rakyat seperti pembangunan modal insan, ‎penyelesaian isu infrastruktur asas, peluang pekerjaan dengan pendapatan bermaruah (decent income), penyediaan akses perumahan mampu milik, peningkatan bantuan sosial dan pengukuhan perpaduan dan kesatuan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Manisfesto Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Isnin. Pelancaran disempurnakan oleh Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN