fbpx
ANDERSON menjadi pilihan yang lebih ekonomi buat United berbanding Baleba apabila Brighton mahukan nilai perpindahan tinggi. - AFP

EPL: Bukan Baleba, tapi Anderson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United dilapor lebih berminat untuk melunaskan misi mendapatkan khidmat pemain tengah Nottingham Forest, Elliot Anderson pada jendela perpindahan Januari ini biarpun dikait memburu khidmat dua pemain tengah.

The Red Devils berada di pasaran perpindahan sejak beberapa jendela lalu untuk mendapatkan khidmat pemain tengah yang benar-benar sesuai untuk menggantikan Casemiro yang kontraknya bakal berakhir hujung musim ini.

Biarpun memiliki khidmat Kobbie Mainoo, namun pemain itu dilapor gagal untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan diinginkan oleh pengendali, Ruben Amorim menyebabkan bintang Brighton, Carlos Baleba turut dikait ke Old Trafford.

Bagaimanapun, United terpaksa mengurangkan minat mereka terhadap Baleba selepas Brighton berkeras untuk tidak menurunkan harga jualan £100 juta (RM543.38 juta) menyebabkan fokus kini terarah kepada Anderson.

Anderson menjadi sasaran utama United selepas mempamerkan aksi cemerlang musim ini, selain dia turut menjadi pilihan pengendali England, Thomas Tuchel untuk menyertai kesebelasan utama pasukan itu.

Amorim percaya bahawa Anderson memiliki kemampuan untuk beraksi sebagai pemain No. 6 dan mendominasi bahagian tengah pasukan itu selain nilainya yang lebih ekonomi berbanding Baleba.

Musim ini Anderson beraksi dalam 11 aksi Liga Perdana Inggeris bersama Forest dan meledak satu gol serta mencipta satu umpanan jaringan sekali gus dia turun menjadi buruan beberapa lagi kelab selain United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN