fbpx
Outlet Birkenstock dengan rekaan dalaman yang berwajah baharu bertemakan warisan serta semulajadi menawarkan pengalaman berharga buat para pengunjung.

Birkenstock buka outlet berkonsep runcit terbaharu pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Birkenstock Malaysia telah menganjurkan pembukaan semula kedai BirkenStock dengan konsep runcit terbaharu pertama seumpamanya di negara ini, bakal memberi pengalaman menarik kepada pengunjung.

Rekabentuk premis itu mencerminkan falsafah produk jenama ini  yang telah lama terkenal kerana kualiti dan keselesaannya.

Lebih menarik untuk outlet terbaharu ini, ruang dalamannya yang menggabungkan bahan yang asli dan lestari seperti gabus, kulit dan kayu itu berjaya menghidupkan warisan dan kemahiran jenama ini melalui bahan semula jadi dan butiran reka bentuk yang teliti.

Konsep baharu ini juga menandakan evolusi selepas lima tahun dengan arah reka bentuk cawangan terdahulu.

Pengarah Urusan bagi AsiaTenggara dan ‘Downunder’ (Australia dan New Zealand), Evelyn Chua berkata, kedai konsep terbaharu ini adalah sebuah ruang yang mencerminkan gabungan unik antara warisan dan inovasi.

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan lebih daripada sekadar ruang runcit.

“Sehubungan itu, kami ingin mencipta persekitaran yangmembolehkan pelanggan benar-benar merasai inti pati Birkenstock iaitu daripada aspek pembuatan,  bahan yang digunakan, hinggalah kepada keselesaan berkekalan yang menjadi identiti jenama kami,” katanya semasa berucap pada majlis pembukaan outlet tersebut baru-baru ini.

Salah satu sorotan utama ruang ini adalah garis masa jenama yang dipamerkan di tiang tengah kedai tersebut dan  iri ini menjejaki warisan yang kaya dan evolusi Birkenstock selama lebih daripada 250 tahun. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN