fbpx
Tunku Nashrul Abaidah menyampaikan taklimat kepada media di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Anwar turun berkempen di Sabah lepas pulang dari Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun berkempen di Sabah sejurus pulang daripada lawatan rasmi ke tiga buah negara di benua Afrika pada 25 November ini.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Perdana Menteri dijangka turun berkempen beberapa hari sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijadual pada 29 November ini.
Beliau berkata, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) baru sahaja pulang dari Sabah selepas mengikuti hari penamaan calon PH pada Sabtu lalu.

“Sebelum ini, beliau (Perdana Menteri) sendiri memaklumkan bahawa beliau akan mengetuai pasukan PH untuk menempuh PRN Sabah. Dalam perancangan memang Perdana Menteri akan turun ke Sabah lagi dan insya-Allah sebaik tiba di Kuala Lumpur kita akan umumkan jadual beliau.

“Buat masa sekarang, perancangannya masih ada untuk beliau (Perdana Menteri) turun ke Sabah bagi meneruskan kempen berbagi beberapa hari lagi sebelum pilihan raya berlangsung,” katanya pada Taklimat Pejabat Perdana Menteri bersama media, di sini hari ini.

Katanya, Pejabat Perdana Menteri dan pasukan PH akan berkongsi jadual kempen Perdana Menteri di Sabah sebaik tiba di tanah air pada 25 November ini.

Sebelum ini, selepas hari penamaan calon, Perdana Menteri turun padang bagi menyantuni pengundi di pelbagai lokasi terutama di pedalaman Sabah seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid di Padang Kampung Menawo Ulu, Keningau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN