KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan terdapat kartel besar yang menyeludup masuk dadah ke negara ini.
Anwar berkata, perkara itu telah beliau dengari sejak 20 tahun lalu, namun tiada tindakan.
Katanya, selepas menjadi Perdana Menteri dan menunggu selama setahun, tiada laporan mengenai kartel besar yang membawa dadah itu menggunakan kontena.
”Saya kata macam mana? Orang ramai sudah bercakap mengenainya. Kemudian (laporan) kontena (dadah) itu masuk.
”Kontena dadah (itu) keluar daripada Pelabuhan Klang, ditangkap di Australia. Itu saya mengamuk. Saya kata jangan cakap kepada saya anda tak ada apa-apa tindakan,” katanya ketika hadir pada Majlis Minum Pagi dan Sembang Santai Bersama Media hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar memaklumkan beliau tidak boleh bertolak ansur tentang perkara terbabit yang kemudiannya mengambil beberapa langkah susulan. – KOSMO! ONLINE















