fbpx
CROATIA berjaya layak ke pentas Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut di bawah kendalian Dalic. - AFP

WCQ: Croatia sah ke Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIJEKA – Croatia memastikan kemaraan ke Piala Dunia buat kali ketujuh selepas menewaskan Kepulauan Faroe 3-1 pada aksi kelayakan Kumpulan L yang berlangsung di Stadium HNK Rijeka awal pagi semalam.

Lebih manis, kelayakan itu boleh dianggap sebagai hadiah perpisahan terbaik buat kapten, Luka Modric yang dijangka akan mengumumkan persaraan sebaik sahaja saingan empat tahun sekali itu berakhir.

Ia juga merupakan pencapaian terbaik buat ketua jurulatih, Zlatko Dalic bersama Croatia apabila berjaya mengemudi pasukan itu melayakkan diri ke Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.

“Satu lagi aksi Piala Dunia buat Croatia, tahniah kepada semua pemain atas pencapaian cemerlang ini. Kami tidak berdepan aksi mudah hari ini (semalam) tetapi lega kerana mendapat tiga mata.

“Kami berdepan tekanan cukup tinggi dalam tempoh tiga atau empat bulan kebelakangan ini. Pasukan seolah-olah gagal untuk bermain secara agresif tetapi pada akhirnya, kami meraikan kemaraan ke Piala Dunia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan, tidak akan menerapkan taktik tiga pemain di bahagian pertahanan kerana ia memerlukan banyak masa selain tidak sesuai dengan corak permainan Croatia.

“Apa pun berlaku selepas ini, saya akan menggunakan empat pemain pertahanan. Kami cuba bermain dengan tiga pemain pertahanan sebelum ini tetapi tidak membuahkan hasil, jadi saya tidak akan menggunakan taktik itu,” ujar Dalic. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN