fbpx
Doku (kanan) cuba memberi asakan terhadap pertahanan Kazakhstan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 awal pagi tadi. - Foto ihsan FA Kazakhstan

WCQ: Belgium diikat negara ranking ke-115 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ASTANA – Pemain sensasi Belgium, Jeremy Doku mengakui kecewa dengan prestasi pasukan selepas gagal mengesahkan kemaraan ke Piala Dunia lebih awal apabila terikat seri 1-1 bertemu Kazakhstan dalam aksi Kumpulan J, awal pagi tadi.

Pada perlawanan di Stadium Astana itu, Belgium sepatutnya boleh meraih slot automatik sekiranya menang, tetapi tidak berjaya dan terpaksa mengharapkan aksi terakhir kelayakan menentang Liechtenstein di laman sendiri pada awal pagi Rabu nanti.

Menurut Doku, barisan pemain wajar dipersalahkan kerana gagal memanfaatkan rentetan peluang keemasan serta kelebihan beraksi dengan 11 pemain selepas tonggak tuan rumah, Islam Chesnokov dilayangkan kad merah pada babak kedua.

“Saya rasa kita tiada sentuhan penyudah yang tajam kerana apabila menentang pasukan seperti Kazakhstan, kita sepatutnya boleh menang dengan mudah dan seri tidak mencukupi.

“Secara keseluruhan, saya rasa kita mengharungi kempen kelayakan yang agak mengecewakan disebabkan peluang untuk meraih slot automatik lebih awal telah disia-siakan,” katanya,

Mengulas lanjut, pemain kelab Manchester City itu menyifatkan percaturan taktikal yang silap selain ketiadaan beberapa pemain bintang juga antara faktor pasukan kurang menonjol ketika ini.

“Saya rasa kita memandang rendah dengan pasukan Kazakhstan kerana mereka boleh beraksi dengan baik. Selain itu, ketiadaan tonggak utama seperti Thibaut Courtois, Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku juga boleh menjadi punca kita gagal menang kali ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN