fbpx
Keadaan dua buah kenderaan yang bertembung di Kilometer 7, Jalan Gua Musang-Jeli di Gua Musang hari ini. Foto PDRM

Warga emas maut kereta bertembung MPV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta yang dia pandu bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7, Jalan Gua Musang-Jeli di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.45 pagi itu, mangsa, Azmi Harun, 68, yang memandu kereta jenis Proton Iswara meninggal dunia selepas lebih sejam bertarung nyawa ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu kereta dari arah Gua Musang ke Sungai Terah.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah MPV jenis Toyota Unser.

“MPV dipandu lelaki berusia 26 tahun itu disyaki tidak sempat mengelak sebelum bertembung kereta warga emas berkenaan

“Kemalangan itu menyebabkan kedua-dua pemandu kenderaan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan. Warga emas itu yang cedera pada bahagian tangan, kaki kanan dan dahi kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 8.16 pagi tadi,” katanya.

Choon Foo berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI