fbpx
SEORANG wanita barang di atas jalan raya. - Foto Douyin

Wanita merajuk baring hentak kaki selepas disaman polis trafik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang wanita di wilayah Hubei, China, mengejutkan dua anggota polis trafik apabila berbaring di atas jalan raya dan meragam selepas mereka mengarahkan dia berhenti, lapor portal berita MSNews hari ini.

Menurut portal berita Jimu News, polis menahan wanita tersebut ketika dia menunggang basikal elektrik di lorong kenderaan bermotor.

Anggota polis itu berkata, dia boleh didenda RMB20 (RM11) dan menawarkan untuk membimbingnya melalui proses pembayaran.

Namun, wanita itu mempersoalkan kenapa kenderaan lain yang memandu di lorong tersebut tidak disaman.

Wanita itu turut mendakwa bahawa dia tidak tahu bagaimana untuk membayar saman melalui sistem pengurusan trafik.

Anggota polis sama kemudian memberitahu, kenderaan lain adalah kenderaan bermotor dan dibenarkan memandu di jalan raya.

Mendengar jawapan polis, wanita marah dan berkata, dia tidak akan membayar denda dan berbaring di atas jalan sambil menghentak-hentak kaki sebagai protes.

Walaupun berdepan reaksi luar dugaan, polis meminta wanita itu bergerak ke kawasan jalan yang lebih selamat.

Akhirnya, wanita itu memahami risiko tindakannya dan mengaku bahawa perbuatannya menyalahi undang-undang. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI