fbpx
Tangkap layar hantaran video di Threads oleh @ariesya.yasmin

[VIDEO] ‘Siap bersalam lagi dengan semua makmum’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang meminta untuk menunaikan solat bersama ayahnya sambil membawa beberapa anak patung sebagai ‘kawan’ menarik perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video di Threads oleh @ariesya.yasmin, anaknya itu meminta izin untuk menunaikan solat berjemaah bersama ayahnya, namun turut mengajak ‘kawan-kawan’ kecilnya untuk turut serta.

“Rupanya dia bawa kawan-kawan dia sekali. Ramai jemaah abi. Yang abinya pun siap suruh salam sekali. Macam-macam akal anak solehah ni,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang turut terhibur dengan gelagat comel mereka tersebut.

“Ayahnya pun siap ikut watak lagi. Salam dengan semua ‘makmum’,” komen Asikin Ahmad.

“Nasib baik dia tidak suruh wudhukan kawan-kawan dia,” kata @fasyamoya

“Akak tengok betul-betul. Entah-entah ayahnya yang suruh bawa kawan-kawan tu,” komen Fais Mansuar. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN