fbpx
JADEN LAING (kanan) bertemu dengan pekerja berusia 91 tahun. - Foto Instagram/jadentysonlaing

Usia sudah 91 tahun, lelaki cergas bekerja syif 12 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang lelaki Singapura berusia 91 tahun masih bekerja di sebuah tandas awam, lapor portal berita The Indian Express semalam. 

Ketika berkunjung ke Singapura baru-baru ini, rakyat Australia, Jaden Laing terserempak dengan warga emas itu yang sedang bekerja di sebuah tandas awam. 

Apa yang bermula sebagai sapaan biasa bertukar menjadi detik yang mengejutkannya. Ini kerana di sebalik usia senja, lelaki itu bekerja setiap hari  dan melakukan syif 12 jam tanpa sebarang rungutan.

Ingin tahu rahsia lelaki itu kekal cergas pada usia lanjut,  Laing bertanya sama ada dia mengamalkan apa-apa petua. 

Namun, lelaki itu hanya ketawa dan berkata,  dia makan seperti biasa, tidak bersenam dan meneruskan rutin hidupnya.

Tersentuh dengan ketabahannya, Laing memberinya sedikit wang untuk makan tengah hari dan memuat naik video pertemuan mereka di platform Instagram selain menggesa orang ramai agar melayan warga emas tersebut dengan belas kasihan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN