fbpx
HAKIM DANISH bakal turun beraksi dalam perlumbaan di GP Valencia dengan status pelumba wildcard.- FB ZK RACING

Tekad besar Hakim Danish di GP Valencia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VALENCIA – Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli bertekad untuk menggunakan penampilan wildcard ketiganya musim ini di Kejuaraan Motosikal Dunia Moto3 di Grand Prix Valencia sebagai medan persiapan terakhir sebelum menghadapi cabaran musim penuh 2026.

Selepas menimba pengalaman berharga dalam aksi di Portugal baru-baru ini, pelumba berusia 18 tahun itu sedar masih banyak ruang penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk memastikan beliau mampu bersaing secara kompetitif pada musim hadapan.

“Saya baru sahaja selesai perlumbaan di Portimao, saya dapati banyak lagi perkara yang perlu saya perbaiki. Justeru di Valencia, saya harap saya mampu untuk membuat penambahbaikan yang diperlukan.

“Saya sangat menantikan perlumbaan di Valencia. Saya sangat teruja dan tidak sabar untuk berlumba pada hujung minggu ini,” katanya.

Menjelang aksi penutup tirai musim 2025 itu, Hakim Danish yang bersaing bersama pasukan FRINSA – MT Helmets – MSI itu meletakkan sasaran untuk menyesuaikan diri dengan lebih pantas bersama jentera dan litar.

Selain itu, anak jati Terengganu itu mahu menterjemahkan segala pembelajaran daripada dua aksi wildcard sebelum ini kepada prestasi yang lebih ampuh.

“Saya akan cuba untuk menambah baik dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan cepat di Valencia.

“Ini adalah perlumbaan terakhir untuk 2025 sebelum saya melangkah ke musim penuh tahun hadapan. Ini adalah peluang yang sangat baik untuk saya, sebagai satu persediaan sebelum menjelang 2026,” ujarnya.

Terdahulu, Hakim Danish menamatkan saingan di kedudukan ke-12 selepas perlumbaan sengit selama 19 pusingan di GP Portugal sekali gus membawa pulang empat mata berharga dalam penampilan keduanya di pentas dunia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI