fbpx
SEPASANG suami isteri maut manakala bayi mereka terselamat dalam kemalangan maut membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 54.5 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, petang tadi -Foto IHSAN POLIS

Suami isteri maut, bayi terselamat kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Sepasang suami isteri maut manakala bayi mereka terselamat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer (KM) 54.5, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Muhamad Lokmanorhakim Mokhtar, 24, dan isteri, Nur Fatihah Othman, 28, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di bahagian kepala.

Bayi mereka Nur Laylaa Batrysha yang berusia enam bulan cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai nahas melibatkan kereta Perodua Myvi, Toyota Vios dan lori Hino pada pukul 1.30 tengah hari.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 24 tahun hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum berlanggar dengan lori sawit tanpa muatan. Serpihan kemalangan turut mengenai Toyota Vios.

“Dalam kejadian itu, pemandu dan penumpang hadapan Perodua Myvi yang juga pasangan suami isteri mengalami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Anak pasangan itu yang merupakan penumpang belakang cedera di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemandu lori mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu Toyota Vios tidak cedera. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN