fbpx
MELANIE Shiraaz (kanan) dan Nadeen Ayoub (kiri). - Foto Melanie Shiraz/Instagram

Ratu cantik Israel terima ancaman bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Peserta ratu cantik Miss Israel, Melanie Shiraz menerima ugutan bunuh ketika pertandingan Miss Universe di Thailand, lapor akhbar New York Post semalam.

Shiraz, 27, berkata, dia menerima ancaman selepas memberikan pandangan tidak menyenangkan kepada saingannya iaitu ratu cantik mewakili Palestin, Nadeen Ayoub, 27, semasa pertandingan minggu lalu. Insiden itu tular di media sosial.

 “Saya pernah mengalami (sentimen) antisemitik sebelum ini, tetapi saya tidak sangka ia akan menjadi seteruk inil,” katanya dari Thailand di mana pusingan akhir bakal berlangsung pada 21 November ini. 

Ratu cantik berambut perang gelap itu berkata, dia perasan seorang jurukamera  di majlis latihan tersebut menumpukan lensa kamera ke arah dirinya dan Nadeen. 

“Dia menghalakan kamera ke arah Nadeen dan kemudian ke arah saya kerana saya berada betul-betul di belakang Nadeen,” ujarnya.

Shiraz mendakwa bahawa imej yang telah disunting itu digunakan untuk membuatnya kelihatan buruk dan mencipta naratif cemburu.

Video itu menjadi isu antarabangsa apabila selebriti seperti Bella Hadid memuat naik semula rakaman yang telah diolah daripada hantaran Nadeen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI