fbpx
GAMBAR fail sebilangan pelajar wanita di Kundapur, Karnataka. - Foto AFP

Pekerja wanita dapat cuti haid, gaji berbayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Karnataka yang menempatkan beberapa syarikat teknologi maklumat (IT) terbesar dunia menjadi negeri pertama di India  menawarkan cuti haid berbayar kepada semua wanita yang bekerja secara formal, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Berdasarkan dasar baharu itu, wanita berumur 18 hingga 52 tahun yang bekerja di syarikat kerajaan dan swasta boleh mengambil cuti haid tidak terkumpul  satu hari cuti setiap bulan.

Tiada sijil perubatan diperlukan untuk menggunakan cuti itu.

“Ini adalah salah satu dasar paling progresif untuk wanita yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan,” kata Menteri Buruh Karnataka, Santosh Lad kepada BBC.

Negara seperti Sepanyol, Jepun, Korea Selatan dan Indonesia sudah menawarkan cuti haid. 

Beberapa negeri di India juga menyediakan cuti haid terhad dengan Bihar dan Odisha memberikan dua hari sebulan kepada pekerja kerajaan, – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN