fbpx
Pemenang kuiz anjuran mySalam diraikan dalam program BijakWang Challenge 2025 di Pulau Pinang baru-baru ini.

mySalam terima penyertaan kuiz literasi kewangan terbesar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  Program BijakWang Challenge 2025 yang merupakan inisiatif
literasi kewangan anjuran mySalam bersempena Karnival Celik Kewangan (KCK) Pulau
Pinang, telah mencatat sejarah baharu dengan mencatat penyertaan kuiz literasi kewangan
terbesar seramai 4,891 peserta dalam tempoh satu jam melalui platform digital TikTok
LIVE dan laman kuiz interaktif Kahoot!.

mySalam adalah skim perlindungan takaful nasional untuk komuniti B40 yang diuruskan sepenuhnya oleh Great Eastern Takaful Berhad (GETB).

Syarikat telah meneruskan komitmennya dalam memperkasakan masyarakat melalui pendekatan program literasi kewangan secara dinamik dan berimpak tinggi di Malaysia.

mySalam yang menerima pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records bagi
kategori “Largest Financial Literacy Quiz Challenge” ini adalah merupakan rekod kedua
selepas mencatat rekod “Longest Non-Stop Financial Literacy Live Broadcast” di Tawau
pada bulan Julai 2025.

Ketua Skim mySalam Great Eastern Takaful, Syuhaib Ithnin berkata, program BijakWang
Challenge 2025 telah membuktikan bahawa pendidikan kewangan boleh disampaikan
dengan cara yang lebih kreatif dan menarik.

“Penganjuran kuiz secara langsung ini bukan sahaja efektif dalam mendekati para belia, malah menjadikan pembelajaran kewangan satu pengalaman yang menyeronokkan, interaktif dan relevan dengan gaya hidup digital masa kini,” katanya dalam kenyataan.

Program berasaskan konsep gamifikasi ini menyasarkan para belia, pelajar universiti dan
masyarakat umum, menjadikan topik kewangan lebih mudah difahami.-KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI