fbpx
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah rumah di Jalan Minah, Sarikei yang mengakibatkan seorang lelaki warga emas rentung.

Lelaki 97 tahun rentung dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SARIKEI – Seorang lelaki warga emas rentung selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Minah di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 12.33 malam tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei dan BBP Bintangor ke lokasi.

Katanya kebakaran menyebabkan rumah yang didiami enam penghuni itu musnah 100 peratus dan turut memusnahkan sebuah stor penyimpanan barang serta dua buah kenderaan.

Menjelas lanjut, beliau berkata ketika kejadian, hanya lima orang penghuni berada di rumah tersebut kerana seorang lagi berada di Sibu atas urusan peribadi.

“Seorang mangsa lelaki warga emas dipercayai terperangkap di dalam rumah dan jasadnya ditemukan dalam keadaan rentung di bawah timbunan kebakaran di bahagian bilik tidur pada pukul 2.18 pagi,” katanya.

Katanya mayat mangsa berusia 97 tahun itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI