fbpx
PASUKAN mencari dan menyelamat berada di lokasi tanah runtuh di Kampung Cibeunying, Cilacap kelmarin. – AFP

Lapan lagi mayat tanah runtuh ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA  –  Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia menemui lapan lagi mayat pada hari ketiga operasi semalam berikutan kejadian tanah runtuh di Kampung Cibeunying, Daerah Cilacap dalam wilayah Jawa Tengah, demikian menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Pihak berkuasa berkata, perkembangan itu  menjadikan jumlah keseluruhan mangsa ditemui meningkat  kepada 11 orang, dengan 10 orang masih hilang.

Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Cilacap, Muhammad Abdullah, berkata,  mangsa-mangsa ditemui dari beberapa tapak pencarian.

“Sejumlah lapan mangsa ditemui pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

Operasi  menyelamat dihentikan sementara lewat petang semalam kerana cuaca buruk.

Usaha disambung semula awal pagi ini dengan keutamaan diberikan kepada  keselamatan kakitangan, tambah Muhammad Abdullah.

“Kami memohon doa semua rakyat Indonesia agar operasi mencari dan menyelamat ini berjalan dengan selamat dan lancar, dan semua mangsa dapat ditemui segera,” katanya.

Tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat melanda dusun Cibuyut dan Tarukahan di Kampung Cibeunying, Daerah Cilacap petang Khamis lalu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN