fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat, angin kencang landa 5 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang melanda lima negeri sehingga pukul 11 malam ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Terengganu melibatkan Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

“Amaran ribut petir dijangka berlaku di Pahang melibatkan daerah Jerantut dan Kuantan manakala di Negeri Sembilan melibatkan daerah Jempol dan Tampin.

“Cuaca sama juga turut dijangka berlaku di Melaka melibatkan Jasin,” katanya.

Sementara itu, MetMalaysia berkata amaran ribut petir diramal di Sarawak melibatkan Kuching (Kuching), Serian (Serian), Samarahan, Sri Aman, Betong (Betong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.

Turut terlibat adalah Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) serta Wilayah Persekutuan Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN