fbpx
Foto ihsan ZK Racing

Hakim Danish curi dua mata di GP Valencia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelumba muda berbakat negara, Hakim Danish Ramli menamatkan saingan di kedudukan ke-14 saingan Moto3 pada perlumbaan Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol sebentar tadi.

Pada perlumbaan itu, Hakim Danish yang mewakili pasukan FRINSA MT Helmets MSi dilihat berusaha untuk berikan tentangan sengit walaupun memulakan saingan di petak ke-18.

Hakim Danish yang menggantikan posisi pelumba Jepun, Ryusei Yamanaka dapat menyumbang dua mata buat pasukan.

Perlumbaan itu berkesudahan Adrian Fenandez daripada pasukan Leopard Racing muncul juara dengan catatan masa 32 minit 48.909 saat (s), diikuti pelumba Red Bull KTM Ajo Alvaro Carpe (+0.286s) di tempat kedua dan pelumba Honda Team Asia Taiyo Furusato (+0.109s) di tempat ketiga.

Keputusan ini menyaksikan Hakim Danish mengumpul keseluruhan enam mata berharga dalam penampilan ketiga di pentas dunia.

Sebagai rekod, pelumba berusia 18 tahun itu telah diumumkan beraksi sepenuh musim dalam kelas Moto3 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tahun depan bersama pasukan yang sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI