fbpx
Anwar mengadakan pertemuan dengan lebih 50 pengamal media di Sabah hari ini

Anwar tersentuh dimaklumkan pendapatan rendah wartawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersentuh mendengar tentang isu kebajikan dan kadar pendapatan yang rendah dalam kalangan pengamal media.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau dimaklumkan oleh wakil media Sabah ada wartawan yang berpengalaman hampir sedekad, tetapi hanya menerima kadar sekitar gaji minimum.

“Keadaan ini tidak harus berlarutan. Saya akan meneliti perkara ini secara dekat untuk mencari pendekatan yang sesuai bagi menjaga kebajikan pengamal media di Sabah dan seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri hari ini mengadakan pertemuan dengan lebih 50 pengamal media Sabah dan Semenanjung sempena hari kedua lawatan beliau di Sabah.

Beliau dalam pertemuan itu mendengar sendiri pandangan, teguran serta menjawab persoalan isu-isu semasa oleh para wakil media.

Anwar seterusnya berkata, peranan media amat kritikal ketika ini tatkala kebanjiran maklumat palsu, fitnah dan manipulasi politik menular.

Ujar beliau, media yang beretika dan berimbang adalah benteng kebenaran serta pemangkin kepercayaan rakyat.

“Saya amat menghargai dedikasi dan sumbangan kalian (wartawan) dalam menegakkan kebenaran.

“Terima kasih setulusnya buat pengamal media yang teguh berpegang pada pelaporan yang jujur, berimbang, profesional dan bertanggungjawab,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI