fbpx
Operasi bersepadu yang dijalankan di kawasan Plaza Tol Batu 13, Lebuh Raya Damansara–Puchong (LDP) semalam.

Lima penunggang motosikal kena ‘pukat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUBANG JAYA – Seorang lelaki ditahan selepas didapati menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol dalam operasi bersepadu di Plaza Tol Batu 13, Lebuh Raya Damansara–Puchong (LDP) di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, operasi bermula pukul 11.30 malam itu disertai anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Subang Jaya da  Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Selangor.

“Lelaki itu ditahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol. Selain itu, empat penunggang motosikal lain turut ditahan di bawah Seksyen 42 akta sama kerana kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya.,

“Sebanyak 14 buah motosikal disita kerana kesalahan ubah suai serta tidak memiliki lesen memandu yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seramai 120 individu dan 115 buah motosikal diperiksa, sementara 56 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang operasi berkenaan dijalankan.

Polis Subang Jaya menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa peka dan memantau pergerakan anak-anak bagi mengelak mereka terlibat dalam aktiviti lumba haram yang boleh mengundang tragedi dan membahayakan pengguna jalan raya lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI