fbpx
M Harini. Foto IHSAN POLIS

Tidak masuk kerja di Pedas, remaja perempuan dilapor hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak masuk bekerja di sebuah kilang di Pedas, di sini, malam Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, mangsa dikenali sebagai M Harini yang mempunyai ciri-ciri fizikal seperti berketinggian 150 sentimeter, berat 50 kilogram, berkulit kuning langsat serta berambut hitam lurus paras pinggang.

“Ketika hilang, remaja perempuan ini memakai baju t-shirt berwarna merah, baju sejuk berwarna hitam, seluar panjang berwarna hitam, dan kasut sukan berwarna putih. Bapa mangsa berusia lingkungan 50-an membuat laporan polis pada keesokkan harinya.

“Ini merupakan kejadian kali pertama remaja perempuan tersebut hilang dan usaha mengesan remaja terbabit sedang giat dijalankan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Azmi, sehubungan itu orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan kehilangan tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau di talian 06-6851999 atau Balai Polis Pedas (06-6851223) atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mejar Noor Azillah Johari di talian 011-10164737. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN