fbpx
Tangkap layar video memaparkan air memasuki ruang dalam pusat beli-blah The Mines, hari ini.

Pusat beli-belah The Mines dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pusat beli-belah The Mines di Seri Kembangan dilaporkan banjir hari ini susulan hujan lebat yang melanda kawasan tersebut.

Menerusi video tular dikongsi pengguna di media sosial, beberapa premis di tingkat bawah pusat beli-belah berkenaan dinaiki air

Menerusi rakaman berkenaan, beberapa premis difahamkan terpaksa ditutup sementara selepas lantai dilimpahi air.

Setakat ini, pengurusan The Mines masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung punca kejadian atau tahap kerosakan yang dialami.

Sementara itu, pengguna media sosial menggesa pihak pengurusan serta pihak berkuasa melakukan pemeriksaan segera terhadap sistem saliran bagi mengelakkan kejadian berulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN