fbpx
Anggota bomba ketika menyelamat mangsa kemalangan di Butterworth, pagi tadi. GAMBAR IHSAN JBPM

Pemuda maut tercampak dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dia tunggang terbabas sebelum tercampak ke dalam longkang sedalam dua meter di Jalan Siram di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.06 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai R. Kishore Kumar, 36, disahkan mati di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah pada badan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya di lokasi, terdapat sebuah motosikal jenis Honda RS150 terbabas di bahu jalan dan seorang mangsa lelaki tercampak ke dalam longkang berkedalaman dua meter.

“Anggota kemudiannya menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dari dalam longkang. Mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia di lokasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.,” katanya di sini, hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI