fbpx
Mohd Sabri meninjau tahap pematuhan para peniaga sempena Program Patuh di Pasar Awam Sungai Besi, hari ini. Foto IHSAN KPDN WPKL

Pasar Patuh diperkenal, harga perlu jelas timbang mesti tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melancarkan Program Patuh dalam usaha memperkukuh budaya pematuhan perniagaan serta memastikan ekosistem perdagangan negara kekal kondusif, telus dan berintegriti.

Pengarah KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sabri Seman berkata, program Patuh dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran peniaga tentang kepentingan mematuhi undang-undang, menggalakkan persaingan sihat dan memastikan hak pengguna dilindungi.

Mohd Sabri berkata, inisiatif itu turut menyokong aspirasi kerajaan untuk membina sistem perdagangan yang adil, beretika dan berdaya saing.

“Pendekatan yang diambil memberi penekanan kepada kawalan kendiri dalam kalangan peniaga agar tahap pematuhan dapat dicapai secara menyeluruh dan berterusan.

“Sebagai sebahagian daripada program itu, Pasar Patuh diwujudkan bagi memperkukuh pematuhan di pasar awam melalui keperluan penandaan harga jelas, penggunaan alat timbang yang tepat serta persekitaran perniagaan bersih dan teratur.

“Pelaksanaan rintis dimulakan di satu pasar awam di setiap negeri sebelum diperluaskan ke seluruh negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, program Patuh juga mencerminkan kerjasama rentas agensi antara kerajaan, industri dan pengguna bagi memastikan setiap inisiatif dilaksanakan secara berimpak tinggi.

“Antara rakan strategik terlibat Jabatan-jabatan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Suruhanjaya Syarikat, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, syarikat metrologi, pejabat Parlimen/Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan serta Persatuan Penjaja-Penjaja Kecil Melayu Cawangan Sungai Besi.

Menurutnya, pematuhan undang-undang bukan sekadar kewajipan, tetapi pelaburan jangka panjang dalam membina kepercayaan pengguna terhadap peniaga – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN