fbpx
NORAIDA (kanan) dipeluk anaknya, Nur Alisha selepas menerima PhD sempena Majlis Konvokesyen ke-69 UTM, Skudai, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

Noraida bangkit siapkan Phd biarpun sakit buah pinggang kronik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Di sebalik senyuman dan jubah konvokesyen, seorang graduan Doktor Falsafah (PhD) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyimpan kisah perjuangan luar biasa apabila terpaksa pergelutan hidup selepas diuji masalah kesihatan serta ujian rumah tangga yang meruntun jiwa.

Dr. Noraida Abd. Manaf, 43, yang berasal dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor berkata, perjalanannya menyiapkan PhD yang bermula pada tahun 2013 tiba-tiba bertukar gelap apabila beliau disahkan menghidap kegagalan buah pinggang beberapa bulan selepas mendaftar pengajian.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, ketika itu dia amat kecewa kerana memahami betapa serius keadaan tersebut memandangkan latar belakangnya sendiri dari bidang Sains Bioperubatan.

“Selepas disahkan hidap kegagalan buah pinggang, masa itu saya rasa sangat kecewa kerana tahu risikonya sebab belajar dalam bidang Sains Perubatan.

“Keadaan semakin kritikal pada tahun 2014 apabila doktor mengesahkan beliau menghidap End Stage Renal Disease (ESRD) atau sakit buah pinggan kronik dan perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu sehingga hari ini.

“Selepas lima tahun saya berjuang menjalani rawatan dan menyiapkan tesis PhD, saya sekali lagi diuji dengan masalah rumah tangga apabila bercerai dengan suami pada 2018,”katanya ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen ke-69 UTM di Dewan Sultan Iskandar di sini hari ini.

Noraida berkata, pada November 2019, beliau menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan abang kandung sendiri sebagai penderma namun gagal.

“HKL ada tawarkan saya transplant kedua menggunakan organ kadaverik, tapi saya tak sanggup nak ulang komitmen rawatan yang sangat berat,” katanya.

Namun kekuatan Noraida datang daripada seorang yang sangat dia sayangi iaitu anaknya, Nur Alisha Ahmad Fauzi, 17, yang ketika itu baru berusia enam tahun dan masih memerlukan perhatian seorang ibu.

“Saya fikir kalau saya mengalah, siapa nak jaga anak saya? Itu yang buat saya terus kuat,”ujarnya.

Setelah lebih 12 tahun berjuang seorang diri, Noraida akhirnya mengecapi detik manis menerima PhD dalam bidang Sains Kesihatan.

Noraida merupakan antara 732 graduan PhD yang berjaya menamatkan pengajian dan memperoleh ijazah pada pada Majlis Konvokesyen ke-69 UTM.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN