KUALA KUBU BHARU – Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan diri, manakala empat wanita terselamat dalam insiden lemas di Lubuk Merchu, Bukit Kutu, di sini petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.59 petang.
“Sebaik pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi pukul 4.25 petang, terdapat lima mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan empat perempuan. Identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, kerja-kerja membawa mangsa turun sedang dijalankan oleh anggota bomba,” katanya. – KOSMO! ONLINE














