LANGKAWI – Lelaki yang maut dalam kebakaran bilik sebuah rumah di Kampung Mawat, Ulu Melaka di sini malam tadi tinggal seorang diri dan dipercayai kerap berhalusinasi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin berkata, mangsa berusia 53 tahun dikatakan seorang penagih dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
“Anak perempuan mangsa memberitahu bapanya tinggal seorang diri di rumah tersebut dan dikatakan seorang penagih dadah dan kerap berhalusinasi.
“Anaknya ada datang ke rumah bapanya pada pukul 5.30 petang semalam tetapi mendapati pintu rumah berkunci dan bapanya tidak menyahut panggilan dan menyangka mangsa tiada di rumah,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu Kosmo! Online melaporkan seorang lelaki ditemukan rentung selepas bilik sebuah rumah di Kampung Mawat, Ulu Melaka di sini terbakar malam tadi. – KOSMO! ONLINE















