fbpx
PEARLY (kiri) dan Thinaah berdepan aksi cukup sukar ketika menewaskan Matsumoto-Fukushima di separuh akhir Kumamoto Masters. - AFP

Kumamoto Masters: Pearly-Thinaah tempah aksi final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah menepati ramalan apabila mara ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Kumamoto Masters di Jepun.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Gimnasium Wilayah Kumamoto sebentar tadi, pasangan No.2 dunia itu membenam cabaran wakil tuan rumah, Mayu Matsumoto-Yuki Fukushima.

Turun sebagai pilihan utama kejohanan, Pearly-Thinaah mempamerkan aksi cukup baik sebelum mencatat kemenangan straight set 24-22, 23-21 dalam tempoh 57 minit.

Meskipun berdepan sokongan padu penyokong tuan rumah, namun anak-anak buah Rosman Razak itu kekal tenang, sekali gus membuktikan mengapa mereka layak bergelar naib juara dunia.

Kemenangan itu turut meredakan kekecewaan peminat sukan tanah air selepas beregu lelaki profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tewas pada aksi yang berlangsung lebih awal.

Menjelang perlawanan akhir esok, Pearly-Thinaah akan berdepan satu lagi beregu Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi yang menewaskan Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN