fbpx
RAJA ZARITH SOFIAH menyampaikan Anugerah Diraja kepada Muhammad Najmi Shah Muhamed Azam Shah sempena Majlis Konvensyen ke-69 UTM di Dewan Sultan Iskandar, UTM, Skudai, Johor Bahru hari ini. -Foto RAJA JAAFAR ALI

Jadi manusia berilmu, bukan sekadar kejar ijazah – Raja Zarith Sofiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Konvokesyen ke-69 UTM, Skudai di sini hari ini.

Turut berangkat, Pro-Canselor UTM, Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor serta Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim.

Dalam titah ucapan, Raja Zarith Sofiah menekankan kepentingan ilmu yang seiring dengan adab, terutama dalam dunia serba pantas hari ini.

“Pendidikan ialah amanah yang amat besar nilainya. Ia bukan sekadar satu perjalanan bagi memperoleh sesuatu ijazah, tetapi merupakan juga satu proses yang membentuk peribadi, memperkukuh nilai serta memupuk rasa tanggungjawab dalam seseorang individu.

“Dalam era teknologi dan kecerdasan buatan yang semakin maju, kita perlu memastikan bahawa kemajuan ilmu juga seiring dengan kemajuan adab.

“Dalam dunia yang bergerak pantas ini, maklumat kadangkala mendahului kebijaksanaan. Sebagaimana kata-kata Profesor Diraja Terpuji, Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, adab bukan sekadar etika dan tatacara, malah adalah juga disiplin jasad, akal dan roh,”titah Baginda.

Dalam pada itu, Raja Zarith Sofiah menzahirkan kebimbangan terhadap pelbagai kejadian yang menggemparkan negara sejak kebelakangan ini.

Baginda bertitah agar semua pihak berganding bahu bagi memastikan tragedi serupa tidak berulang.

“Tekanan hidup, persaingan kerja dan pengaruh media sosial telah menjejaskan kesihatan mental dan empati masyarakat, termasuk pelajar universiti,”titahnya.

Dalam majlis itu, baginda turut merakamkan penghargaan kepada bekas Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie yang menerima Ijazah Kehormat, selain mengucapkan tahniah kepada tokoh-tokoh yang menerima gelaran Profesor Emeritus, termasuk Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan beberapa akademik ternama lain.

Sementara itu, Raja Zarith Sofiah menzahirkan sokongan kepada rakyat Palestin dan mengingatkan bahawa lebih 10 juta rakyat Sudan kini menjadi pelarian akibat peperangan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI