fbpx
GAMBAR fail sebuah kapal tangki minyak di Selat Hormuz. - Foto AFP

Iran rampas kapal tangki minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBAI  – Iran merampas sebuah kapal tangki minyak di  Selat Hormuz yang sempit semalam, demikian  menurut seorang pegawai Amerika Serikat (AS) seperti laporan laman berita Arab News.

Timbalan Presiden firma pengurusan risiko maritim, Vanguard Tech, Ellie Shafik berkata, kapal bernama Talara itu dipintas oleh anggota-anggota Pengawal Revolusi Iran (IRGC) sebelum ditahan.

“Tidak jelas sebabnya.

“Tehran mungkin akan menggambarkan rampasan ini sebagai tindakan berlandaskan undang-undang Iran sedangkan ia mungkin hanya rampasan strategik,” katanya.

Iran tidak segera mengesahkan rampasan itu, namun insiden tersebut berlaku ketika Tehran kerap memberi amaran bahawa ia mampu melakukan serangan balas selepas berperang selama 12 hari pada Jun lalu dengan Israel.

Dalam peperangan itu, tentera udara AS kemudian menyerang tapak nuklearnya.

Talara yang mengibarkan bendera Kepulauan Marshall, dalam perjalanan dari Ajman, Emiriah Arab Bersatu menuju Singapura apabila dipintas oleh Iran, kata pegawai pertahanan AS yang enggan namanya didedahkan. 

Dron Tentera Laut AS, MQ-4C Triton berlegar di kawasan kapal Talara berada selama beberapa jam semalam untuk memantau rampasan itu, demikian menurut data penjejakan penerbangan.

Firma keselamatan swasta, Ambrey  menggambarkan serangan itu melibatkan tiga bot kecil yang menghampiri Talara.

Pusat Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom di bawah tentera Britain turut mengesahkan insiden itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN