fbpx
Poster makluman di laman sosial KTMB.

ETS, KTM Intercity guna jadual baharu, tiket raya boleh ditempah mulai Isnin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan pembukaan jualan tiket Electric Train Service (ETS) dan KTM Intercity bagi perjalanan bermula 1 Januari hingga 30 April 2026 pada 17 November ini, bermula pukul 10 pagi.

Langkah ini membolehkan orang ramai merancang lebih awal perjalanan sempena musim perayaan, cuti umum dan cuti sekolah pada awal tahun depan.

KTMB dalam kenyataan berkata, mulai 1 Januari 2026, perkhidmatan ETS dan KTM Intercity (kecuali Shuttle Tebrau) akan menggunakan jadual waktu baharu melibatkan peningkatan beberapa perkhidmatan.

Sebanyak 34 perkhidmatan ETS akan beroperasi setiap hari, manakala dua perkhidmatan tambahan sektor Kluang – KL Sentral – Kluang akan dijalankan pada Jumaat, Sabtu dan Ahad, menjadikan keseluruhan 36 perkhidmatan sehari.

Bagi KTM Intercity, jadual perjalanan baharu membabitkan 16 perkhidmatan harian, iaitu dua perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) serta 14 perkhidmatan Shuttle Timuran (ST) yang dioperasikan menggunakan Diesel Multiple Unit (DMU).

Sementara itu, jualan tiket bagi perkhidmatan Ekspres Selatan sektor JB Sentral – Gemas – JB Sentral ditangguhkan sementara dan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta menyemak jadual terkini melalui aplikasi KTMB Mobile atau media sosial rasmi KTMB.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di www.ktmb.com.my atau melalui talian Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI