fbpx
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki memukul seekor beruk di Kampung Jembal, Bachok baru-baru ini.

Dua lelaki dicekup belasah seekor beruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Dua lelaki dicekup selepas dipercayai melakukan penganiayaan terhadap binatang dengan membelasah seekor beruk di Kampung Jembal di sini baru-baru ini sehingga kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penularan rakaman video memaparkan seorang lelaki memukul seekor beruk yang tular di media sosial kira-kira pukul 1.29 tengah hari semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati rakaman tersebut dirakam oleh rakan pengadu sebelum dimuat naik ke media sosial.

“Rakaman itu mencetuskan reaksi negatif dan kecaman netizen. Semakan juga mendapati rakannya tidak memiliki sebarang lesen atau permit sah daripada pihak berkuasa veterinar untuk menjaga atau melatih haiwan berkenaan.

“Justeru, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok telah menahan dua orang lelaki bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN