ANAHEIM, CALIFORNIA – Satu lingkaran berbentuk cincin dan berwarna hitam muncul di langit sebuah taman tema terkenal di negeri California, lapor akhbar The Sun UK.
Lingkaran hitam itu dirakam di ruang udara Taman Tema Disneyland, bandar Anaheim, baru-baru ini.
Penemuan itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya bernama Lori Nayahalski sebelum dikongsi di media sosial.
“Lingkaran hitam ini tidak hilang. Saya juga tidak tahu tetapi ia adalah sesuatu,” kata Nayahalski.
Rakaman video itu menjadi tular dan mengundang pelbagai teori konspirasi bahawa taman tema tersebut berada di bawah pencerobohan makhluk asing.
“Makhluk asing juga tahu di mana tempat paling bahagia dunia (Disneyland),” kata seorang netizen. – AGENSI















