fbpx
Momen perjanjian damai yang ditandatangani oleh kedua-dua Perdana Menteri itu ketika ASEAN Summit 2025, baru-baru ini.

Anwar sambut baik komitmen Kemboja–Thailand laksana Kuala Lumpur Peace Accord

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik kesediaan kerajaan Kemboja dan Thailand untuk terus memilih rundingan diplomatik serta memastikan pelaksanaan penuh Kuala Lumpur Peace Accord dalam usaha memulihkan keamanan dan kestabilan di kawasan sempadan kedua-dua negara.

Dalam kenyataan hari ini, Anwar turut menghargai peranan proaktif Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang membantu mempromosikan penyelesaian secara aman terhadap situasi yang sedang berlaku.

“Saya mengalu-alukan komitmen Kerajaan Kemboja dan Kerajaan Thailand dalam memastikan penyingkiran senjata berat dan peralatan pemusnah serta melaksanakan operasi nyah periuk api kemanusiaan (humanitarian de-mining) di kawasan sempadan dengan segera.

“Saya hargai jaminan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul untuk mengelakkan sebarang tindakan yang boleh dianggap provokatif,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua pemimpin itu juga berikrar mengambil langkah lanjut bagi meningkatkan keyakinan bersama dan memulihkan hubungan dua hala yang produktif.

Kenyataan itu hadir susulan perkembangan diplomatik terkini antara Kemboja dan Thailand berhubung isu keselamatan sempadan yang semakin diberi perhatian oleh komuniti antarabangsa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI