fbpx
DE LIGT beraksi dengan baik bersama United selain memiliki lebih minit permainan sekali gus membolehkannya dipanggil menyertai skuad Belanda. - AFP

WCQ: Koeman kembali percayakan De Ligt

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMSTERDAM – Ketua Jurulatih Belanda, Ronald Koeman percaya pemain pertahanan Manchester United, Matthijs De Ligt layak untuk dipanggil menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Poland di Stadium Nasional Warsaw awal pagi esok.

Ia berikutan aksi cukup baik ditampilkan pemain berusia 26 tahun itu bersama The Red Devils musim ini sehingga menarik perhatian Koeman untuk mendapatkan semula khidmatnya bersama The Oranje.

Justeru, Koeman mengharapkan De Ligt akan memperagakan aksi pertahanan kental dalam dua perlawanan terakhir kelayakan bagi memastikan Belanda layak ke pusingan akhir Piala Dunia secara automatik.

“Saya melihat kepada minit permainan pemain selain bagaimana cara mereka bermain bersama pasukan masing-masing. Itu merupakan sebab utama saya memanggil semula De Ligt untuk bersama pasukan kebangsaan.

“Dia mengharungi tempoh cukup sukar sebelum ini, tetapi dia sudah kembali mendapat keyakinan dan mempamerkan aksi cukup baik. Saya amat mementingkan prestasi pemain di kelab masing-masing,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan keputusan untuk memanggil Nathan Ake adalah bagi memberikan keseimbangan dalam pasukan meskipun jarang diturunkan bersama Manchester City pada musim ini.

“Nathan (Ake) juga mengakui risau kerana jarang diberikan peluang bermain musim ini tetapi saya anggap dia sebagai salah seorang kapten. Kehadirannya memberikan keseimbangan kerana dia salah seorang pemain berkaki kiri,” ujar Koeman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN