fbpx
Tangkap layar hantaran video rakaman CCTV ketika jiran memanjat masuk pagar rumah.

[VIDEO] Wanita ketakutan, lelaki berseluar pendek panjat pagar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi detik cemas apabila jirannya memanjat masuk ke rumah ketika adik perempuannya berada seorang diri di ruang tamu petang kelmarin.

Menerusi perkongsian video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di TikTok oleh @woffiepippa, kelihatan lelaki berkenaan yang tinggal berhadapan rumahnya memanjat pagar rumah sebelum cuba memasuki rumah itu beberapa kali namun gagal.

Menurut wanita itu, kejadian berlaku selepas adiknya selesai mengangkat pakaian kering di ampaian luar.
“Syukur dia sempat kunci pintu jeriji lepas ambil pakaian, kalau tidak mungkin keadaan akan jadi lebih buruk. Dia sangat ketakutan dan sekarang trauma dengan kejadian tu,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Wanita itu turut memaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat, selain berharap tindakan segera dikenakan terhadap individu berkenaan.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang turut meluahkan rasa bimbang dan simpati terhadap mangsa.

“Walaupun pagar luar sudah kunci, pagar jeriji aku tetap kunci juga. Lepas buang sampah atau sidai baju, masuk saja rumah terus kunci. Benda macam ni aku takut sebab pagar kita mereka boleh lepas macam tu saja,” kata @_sagittarius_83.

“Apa sebenarnya niat dia? Ya Allah, saya pun takkan rasa selamat tinggal dekat situ lagi. Tolong teruskan tindakan undang-undang,” komen Lisyaz.

“Seramnya. Tengah hari buta dia panjat, jiran sendiri pula yang buat tu,” kata Umai. – KOSMO! ONLINE

@woffiepippa ⚠️ WARNING TO EVERYONE – PLEASE STAY ALERT! ⚠️ Just now (13 Nov 2025), my opposite house neighbour climbed into my house while my younger sister was alone in the living room. Thank God she had locked the grille after bringing in the dry clothings, otherwise things could have ended very differently. She was extremely frightened and is now traumatised by the incident. A police report has been made, and we hope appropriate action will be taken. Please always lock your doors and grilles, even during the day. You never know when something like this could happen. Stay alert, protect your loved ones, and don’t take safety lightly. 🚪🔒#staysafe #alwayslockyourdoors ♬ original sound – Freda Felicia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN