PORT DICKSON – Tular di media sosial sebuah bas yang dikatakan membawa rombongan murid sekolah dibaling dengan batu dalam kejadian di tepi jalan berhampiran Pusat Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini kelmarin.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi semalam membabitkan rombongan tiga buah bas ke Kuala Lumpur melalui Pusasda untuk ke Lebuh Raya Seremban – Port Dickson.
Dalam video berdurasi 39 saat itu memaparkan beberapa lelaki menjerit ke arah pemandu bas terbabit, namun tidak jelas didengar.
Ketika kejadian, bas terpaksa berhenti disebabkan laluan sangat sempit kerana berselisih dengan lori tangki minyak pula dari arah bertentangan, namun kedua-duanya dikatakan sangat profesional melepasi laluan mencabar tersebut.
Bagaimanapun, kesesakan di lokasi tersebut dan tersekat begitu lama menyebabkan pemandu terpaksa membunyikan hon kenderaan bagi menarik perhatian, namun berlaku provokasi.
Berdasarkan keterangan video tular berkenaan, terdapat murid yang menangis susulan insiden provokasi tersebut.
Difahamkan, sehingga pukul 6 petang tadi, tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak yang terlibat. – KOSMO! ONLINE
@abeydolklatey4Ada kanak2 yang menangis ketakutan. Kereta park penuh di tepi jalan kerana sedang berlangsung hari lapor diri askar di PUSASDA.















