PETALING JAYA – “Dah macam rally, Aruz paling juara melompat”
Itu antara komen pengguna media sosial apabila melihat ‘aksi’ beberapa buah kenderaan melambung selepas melalui ‘speed bump’ atau bonggol di sebuah kawasan perumahan.
Berdasarkan klip video yang dikongsi di aplikasi TikTok @davidonlens, kejadian terssbut dirakam di sekitar kawasan Jalan 17/21 dekat sini.
Menerusi video tersebut, beberapa kenderaan dilihat melompat ekoran melalui kawasan bonggol yang belum dicat selepas jalan tersebut diselenggara semula.
Perkara itu turut menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk dan dakwa mereka boleh berlaku kemalangan sekiranya bonggol tersebut tidak dicat semula.
Menjengah ke rungan komen, rata-rata pengguna turut menyuarakan kebimbangan yang sama dan mahu tindakan segera dilakukan.
“Aku dah dapat bayangkan macam mana kancil buruk aku kalau lalu jalan macam ni, mungkin tayar depan tertinggal kat belakang,”tulis @naena.
“Ni siang. Kalau malam?,”soal @Elnino93
“Aruz biru lompatan paling champion (juara),”kata @Sepon.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @ACOY.
“Akhirnya ada juga event (acara) rally kat Malaysia, sekian lama tak ada,” komennya.- KOSMO! ONLINE
@itsdavidsua I was buying something at a store road side and I kept hearing this sound 😭 #fyp ♬ original sound – user5280245659267















