fbpx
Tangkap layar dari beberapa video tular menunjukkan bumbung KLIA1 yang bocor akibat ribut hari ini.

[VIDEO] KLIA1 bocor, MAHB sahkan akibat ribut kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 kecoh seketika hari ini apabila beberapa bahagian dalam bangunan itu mengalami kebocoran air susulan ribut kuat yang melanda kawasan berkenaan petang tadi.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa pasukan kejuruteraan, operasi serta keselamatan telah digerakkan segera bagi mengawal keadaan.

Menurut MAHB, fenomena ribut luar biasa yang berlaku sekitar lokasi KLIA menyebabkan air menembusi beberapa struktur bumbung sebelum menitis ke dalam ruang terminal.

“Kami sedang melakukan kerja-kerja pembaikan dan memastikan keselamatan penumpang serta operasi tidak terjejas,” katanya.

Kejadian itu turut tular di media sosial apabila orang ramai berkongsi video menunjukkan kakitangan lapangan terbang mengelap lantai dan mengalihkan penumpang dari kawasan terjejas.

Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan operasi penerbangan di berjalan seperti biasa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI