PETALING JAYA – Seorang wanita yang meminta pandangan orang ramai untuk menegur jirannya berhubung bau sangkar kucing yang busuk hingga masuk ke rumahnya mencuri perhatian ramai.
Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @_dee222, wanita itu meluahkan rasa buntu memikirkan cara terbaik untuk menegur jirannya yang memelihara kucing dan meletakkan sangkar bersebelahan tembok rumahnya menyebabkan bau kuat memasuki rumah mereka.
“Macam mana nak minta jiran ubah sangkar kucing dia ya? Sebab baunya menusuk sampai ke dalam rumah kita. Memeningkan kepala juga. Ada tak ayat yang sesuai dan tidak menyakitkan hati dia?,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Video tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman sama berdepan masalah bau daripada rumah jiran.
“Kenapa ya yang pelihara kucing tidak cakna keadaan begini, rajin-rajin bersihkan sangkar kucing tu. Kalau rajin buang dan bersihkan, pasti tidak akan berbau,” kata @sagitarius_mummy
“Kalau najis tu dia buang dan bersih tempatnya, okay saja rasanya. Saya pun bela kucing. Cuma perlu rajin bersihkan,” komen Aura Nur.
“Tidak susah pun untuk tegur. Cuma perlu cakap baik-baik pasti dia akan terima. Lagi elok ajak masuk rumah kita dan suruh dia bau sendiri. Pasti dia faham,” kata Zainab. – KOSMO! ONLINE
@_dee222mintak tolong gaiss 😌














