WASHINGTON – Presiden Donald Trump bertanyakan soalam pelik kepada rakan sejawatannya dari Syria di White House, Washington DC, lapor portal berita Ary News hari ini.
Soalan itu ditanya oleh Trump ketika beliau menerima kunjungan Presiden Syria, Ahmed Al Sharaa, Isnin lalu.
“Berapakah ramai isteri? Seorang?” tanya Trump sambil ketawa kecil.
Sharaa kemudian menjawab ya.
Trump sebelum ini pernah bertemu raja dan emir dari negara-negara Arab yang mempunyai ramai isteri.
Namun, Sharaa bertanya kepada Trump berapa ramai isteri yang beliau ada.
“Sekarang ini, seorang,” jawab Trump, disambut dengan gelak ketawa.
Presiden AS itu turut menghadiahkan dua wangian jenama Trump miliknya kepada Sharaa, malah menyembur pada presiden Syria tersebut dan Menteri Luar, Asaad Al Shaibani.
Trump menambah bahawa ia adalah yang terbaik sekali dan berkata, dua wangian itu adalah untuk Sharaa dan isterinya.
Lawatan Sharaa ke White House itu merupakan yang pertama oleh mana-mana presiden Syria sejak 1946.
Sharaa dan kumpulannya berjaya menyingkirkan pemimpin paling lama berkuasa di negara tersebut, Bashar al-Assad, Disember tahun lalu.
Beliau turut membawa hadiah untuk Trump iaitu replika artifak purba dari Syria, termasuk abjad pertama dalam sejarah, cop rasmi pertama, not muzik pertama dan tarif kastam pertama di dunia. – AGENSI














