fbpx
Hussein ketika sidang akhbar di Balai Polis Pelabuhan Klang hari ini. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS / KOSMO!

Transporter ketamin ada 4 rekod lampau, rangkaian sindiket dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang lelaki tempatan yang ditahan polis Thailand selepas membawa 75 kilogram (kg) dadah jenis ketamin didapati mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti rangkaian sindiket berkaitan lelaki yang bertindak sebagai penghantar dadah itu.

Justeru, katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan beberapa individu lain yang dipercayai masih aktif dalam sindiket sama di negara ini.
“Kita telah kenal pasti sindiket dadah tersebut dan sedang kesan individu lain yang dipercayai terlibat dalam sindiket sama.

“Semakan mendapati lelaki yang ditangkap polis Thailand itu mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Pelabuhan Klang di sini hari ini.

Beliau menambah, PDRM kini menunggu tindakan pihak berkuasa Thailand ke atas suspek, yang sedang dikumpul maklumat dan keterangan bagi tujuan pendakwaan di negara itu.

“Maklumat daripada pihak Thailand akan digunakan untuk meneliti rangkaian pengedaran dadah sindiket ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI